Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 12, 2010

* konflik * huhu

Saya ini perempuan yang berkemahuan macam-macam.

Saya ini kasar tau. tapi saya tak banyak cakap..

Saya ini tak pandai memasak nasi kerabu,mahupun kari.
Kalau masak ayam masak merah pun,2,3 kali je sedap,selebihnya kucing yang hadap.

Saya ini tak pandai berkemas.
Rasanya kalau rumah baru lepas kena langgar garuda pun molek lagi daripada rumah yang saya 'kemas'. tapi saya suke berkemas.

Saya tak tahu menjahit.Kalau suruh jahit baju kurung,mahu gamaknya jadi spender.

Saya ini tak boros orangnya.
Duit dalam poket ada,tapi nafsu yilek.Tapi saya tak suka sama sekali mencukur duit orang.Saya cuma perlukan orang yang boleh cakap "Jangan beli,tak patut" bila saya tanya (ye,saya memang akan tanya punyalah) "Weyh,kalau beli ni ok tak?".

Saya ini tak pandai nak lemah gemalai,pura-pura lemah gemalai pun,elok lagi si auww lorong haji taib daripada saya.

Saya seorang yang tak suka disalahertikan.Berilah saya peluang untuk bercakap bermula dengan huruf besar hingga sampai ke nokhtah,ataupun tanda seru,ataupun tanda soal.Dengar sampai habis,jangan biar saya telan kata-kata saya.Nanti kembung dan bernanah.Sakit bila pecah.

Saya ini tak reti pujuk orang.
Merajuk pun tak reti sangat,tapi kadang-kadang terkeluar juga bakat terendam tu.

Saya ini keras kepala,hempuk pakai hammer pun belum tentu berlekuk.

Tapi kuat tersentap,pantang ada chance je,mesti nak tersentap.

Saya hormatkan privacy orang dan berharap sangat mana hak-hak saya tidak dimanipulasi sesuka hati.Saya tak suka tertambat.Biarkan saya bebas,saya tahu kawal diri.

Saya ini gemuk dan pendek.Jadi saya memerlukan lelaki tinggi yang boleh buat saya memandang dia dengan mendongak.(barulah rasa macam merendah diri sedikit,kihkih)

Saya tak cantik macam Angeline Jolie.Macam Siti pun tak.Sedih betul.Ya,sebak dada ni tau.

Tak ada Jessica Alba punya body,betul,memang tak ada.Aduh..terusiknya hati.Sob..sob..

Suara saya tak seksi macam siapa ha artis yang suara dia serak-serak basah tu,adoi lupa pulakkkk!.Memang tak seksi langsung,kalau gelak,habis bergegar bumi Malaysia ni.

Mood saya macam layang-layang,kejap gembira,terbang nak jauh-jauh sampai cecah langit biru,tiba-tiba tali putus,hilang entah ke mana,tuptaptuptap,dah bergolek sembah ke bumi,meroyan-royan.Scary kan saya?

Saya suka makan pedas,jadi,cakap yang pedas-pedas pun saya suka.Yang warna biru pun suka juga,tapi saya ni kan pemalu,janganlah pelawa cakap biru-biru ye.

Saya juga tak pandai membuat keputusan,jadi saya perlukan seseorang yang mampu membuatkan keputusan demi masa depan kami bersama.

Saya ini porak peranda hidupnya.Saya perlukan seseorang untuk menyusunnya.Susun dengan kemas macam buku di library.Macam file yang tersimpan elok dalam folder-folder yang sentiasa di defragment.

Saya tak romantik langsung.Tapi saya suka lelaki romantik.Tapi bukan romantik yang dibuat-buat.Cakap GEMUK dengan nada romantik pun boleh buat saya terpengsan beberapa kali.Haih,memang kerak nasi betullah saya.

Saya tak pandai layan orang tua,betul,saya tak tipu.Tapi kalau dengan budak-budak (budak tak sama dengan baby okehhhh,apatah lagi bapak budak),main kejar-kejar pun boleh.Jadi,saya memerlukan lelaki yang suka baby,sebab saya tak reti nak berlemah gemalai dengan baby,mahu kemik baby tu nanti..ish..ish..

Saya selalu cakap TAKPE,tapi deep inside saya berharap orang faham maksud TAKPE tu.Ye,saya memang suka cakap double meaning,kek double layer pun saya suka,apatah lagi rumah double storey,lagilah suka.berdouble-double storey pun suka.

Saya manja,eh bukan mengada-ngada,so,please handle me with care.

Perempuan kasar macam saya tak boleh dilayan dengan kasar (see,saya bagi tips ni),tegur saya dengan kasar,dan saya akan ignorekan.Egolah beb.Takkan tu nak beritahu kot?Aduhhhhh..

Saya solat pun rongak sana sini,nak tampal pun tak tertampal-tampal.Awak yang ada ilmu didada,ajarlah saya.Bimbing saya.Tolong saya,saya tak nak jadi bahan bakar dalam neraka.

Dan sejujurnya,saya bukan mencari lelaki untuk dibawa bermain,sakit dan terluka,hilang dan hampa.
Saya mencari suami saya. Suami.


Dan awak,sanggup terima saya ini,yang rompong sana sini?
Sanggup melengkapi saya?
Sanggup terima keburukan saya?
Sanggup bertahan dengan kerenah saya?
Sanggup tadah telinga dengar rungutan saya?
Sanggup?



Saya tak punya apa untuk diberi.
Dan terima kasih wahai suami.


love ; mama erfan

1 comment:

azila raffie said...

awak taip neh??

wahhh... sungguh dalam kata² tuh... x terpikir dek akal.. huhu!

tp kita manusia mmg x sempurna kan.. =]

Post a Comment

kita tulis awak komen okey! gracias!

Followers

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!