Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 30, 2010

:: sedarlah yang ko bukan bagus sangat ::

ade orang tu die perasan bagus.
kenape suke perasan bagus??
ape yg best sgt perasan bagus ni?
kau ingat kau bagus sangat?


bukan ape.


boleh x jangan duk perlekeh orang lain?
kau rase kau cantik ke?
mentang2 orang tu gemuk, jerawat penuh, hitam, macam2 la kau duk kutuk.
kenapa nak perasan bagus?
lain kali kalau nak cakap tu,pikir sket perasaan orang lain.
bile orang lain cakap xelok kat kau, pandai plak kau sentap kan kan?


ingat, ape yang ade kat kau tu pinjaman jek.
syukur sket. bile2 mase je kalau Dia nak tarik, Dia tarik terus.
time tu baru kau rase langit tu tinggi rendah.


tolong jangan bodohkan diri sendiri.
orang lain ade akal dan boleh pikir mane betul, mane salah.
mane kawan, mane lawan.



oh ye,


kau memang tak cantik.
bukan kat luar jelah,kat dalam pon xberapa nak cantik sangat.

precaution
orang macam ni selalunye pandai berkata-kata.
jangan terpedaya dengan kata-katanya.


bluwekkkk...

shuhhh shuhhh nyah kau!


Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak, membesarkan diri atau ‘cocky’ dalam Inggeris Amerika.

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.

Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.

Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.

Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.

Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.

Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!

Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!

copy from karisma

3 comments:

ease elle said...

he..he..betul kata akak...

akak ditag...amik kat page is k..

mekchu said...

eeee.. tak suka ngan org mcm tu.. kalo di layan makin menjadi.. pelik org mcm tu masih ada di zaman moden

ieda a.k.a mama erfan said...

ease : nti akak hamik ye.. tgu free skit ok..

mekchu : mmg felik la org macam ni.. ferasan lebey ok

Post a Comment

kita tulis awak komen okey! gracias!

Followers

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!