Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, June 3, 2010

MINTA HALAL LA YA KALU TERAMBIL APA2 DARI KORANG SEMUA. BERDERAU DARAH BILA BACA CERITA NI..... KAWAN2 HALALKAN SEGALANYA YE...

Something to share with ...............

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada
Singapura...
Di riwayatkan begini.....


Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara
dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong
dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah

yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa
mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi
Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya
ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.
Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada
lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini.
lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya
lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...
saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan
perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu
lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki
itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu
api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli
kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka
pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu

di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si
pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk
makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli
kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang
terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya
dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan
kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan
kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil
gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan
dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu
api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu

yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun

sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan
perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd
sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa
balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada
anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak
dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan
sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah
benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

wassalam...


love ; mama erfan

3 comments:

Ena said...

salam..

sangat bermanfaat n3 nie..

takut pun ada.. kalau benda yg kita masih ingat ok la mcm mana pula kalau benda tu kita dah lupa.. Astagfirullahal'azim..

nauzubillah.. memg kita kdg tidak sedar banyak benda yg kita mungkin telah mendatangkan dosa.. huhu.. takutnya..

azila raffie said...

huuu... sy mintak halal jugak ek wak..

ieda a.k.a mama erfan said...

ena : gud entry kan.. huhu!

azila : saya juge :( hehe

Post a Comment

kita tulis awak komen okey! gracias!

Followers

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!