Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 12, 2010

:: MENGHUKUM ANAK ADA TEKNIKNYA ::

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa
ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah
dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ?terror? atau terrorist??

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan,
petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan
juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan. Tapi
jangan lebih-lebih pula sampai jadi kes mendera.Bersabarlah mendidik anak kerana anak
ialah amanah Allah.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman
boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara
memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak,
diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang
disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.

1. Pandangan mata yang sinis ? Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan
kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan
mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan
peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada
si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap
memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak
melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka
palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la? ) sehingga si anak menyedari kesilapannya.
Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya
terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia
suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara
atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk
menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya
atau menyesali perbuatannya.

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga
tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak
mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang
diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku
telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada
baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata
?Wahai penipu!?

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah
dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan
jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak
yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak
menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif
seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan
penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah
S.A.W: Maksudnya: ?Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan
pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.? Sekian.

Wallahualam.


love ; mama erfan

1 comment:

LIP (^_^) said...

sangat helpful these tips..thanks for sharing

Post a Comment

kita tulis awak komen okey! gracias!

Followers

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!