Ujar lelaki, wanita itu lemah. Ujar wanita, mereka adalah lembut.
Antara lemah dan lembut..... besar perbezaannya. Namun ada yang tidak rela mengakuinya.
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita. Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika
terpaksa. Lalu wanita pun diam.
Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan. Dalam diam,
wanita terus terusan bekerja. Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri. Dari
sebelum tercalit garis putih di subuh hari hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat . Celik mata sarapan sudah terhidang. Apabila pulang dari
pejabat... di kerusi malas longlai terlentang. Isteri dikatakan lemah... bergelut di
dapur memasak. Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak.
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak. Menyapu sampah, mengemas rumah yang
berselerak. Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak. Berehat, menonton TV sambil
tergelak.
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa. Memandikan anak, melipat
pakaian. Dan membasuh baju. Kakitangan semua digerakkan dengan laju. Menyiram pohon-pohon
bunga yang mulai layu. Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu. Makanan
dihidang selepas solat. Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji. Sedang suami
tersadar semula seperti tadi. Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji.
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan. Lelaki terpelajar celik hati... Ingin
menghapuskan diskriminasi. Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya
segera bangkit. Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi.
Hukum agama telah terpapar. Tugas Istri mengemas rumah, menjaga anak. Membasuh pakaian,
menyediakan makanan. Jika Istri tidak terdaya melakukannya. Seorang pembantu wajar
disediakan. Lelaki yang hanyut dalam keasyikan. Tidak mampu menerima perubahan. Rela
bertahan bagaimana jua. Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati. Dalam diam wanita
yang sering dianggap lemah meneruskan hidup dalam segala kekuatan
love ; mama erfan

No comments:
Post a Comment
kita tulis awak komen okey! gracias!