Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 8, 2010

:: hari ni saya cuti ::

salam

saya bersiaran langsung dari rumah.. cuti? ye abiskan cuti kontrak.. eheheh..

tadi baca emel, da tergelak sorang2..

meh baca sama...

ISTERI GUNA LILIN

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang khabar gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Mahfuz ke?" "Iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti bos saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat?" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu?"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahfuz ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata:

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke? Bisnes apa korang buat ni? Nak kena saman ke?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahfuz ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau encik nak settlekan perkara ni, bayar je"..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Mahfuz naik berang.

"Apa? Nak bayar korang? belahlah...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..."

Si Mahfuz mencelah "Apa? potong? Abis tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"

Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanya ISTERI ENCIK KENA GUNA LILIN AJE LA...!"


--------------------------------------------------------------------------------

MORAL:

Dalam perbualan sehari-hari kita mungkin kerapkali juga tersalah anggap atau tersalah faham maksud sebenar apa yang kita dengar dari orang lain, walaupun ianya dari suami atau isteri kita sendiri. Kadangkala salah faham ini boleh berlarutan sepertimana kisah di atas. Ada salah faham yang berpunca dari sikap kita sendiri yang kurang bertanya lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan. Ada orang yang dengar sedikit, kemudian terus buat kesimpulan. Ciri pendengar yang baik bukan hanya mendengar tapi bertanya dan memberitahu.

~WINK~

love ; mama erfan

No comments:

Post a Comment

kita tulis awak komen okey! gracias!

Followers

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!