Salam... ni emel saya terima tadi.. untuk share bersama aje...
Wasiat seorang abah :
Janganlah kubur abah dan mak dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah"
anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
kepada ibu bapa
mereka atas pelbagai alasan - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak
akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami
masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..
Sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap
kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu
dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana
bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan ada pujangga dengan angkuhnya
mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...
Dalam kesedihan kerana kematian ibu bapa mereka, timbul lah rasa
bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka
dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)
3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)
4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni
lebih berkat"....)
6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa
7. sedekah pisang kat masjid......
8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)
Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"
Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana
"dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku".
Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan
diri.
love;mama erfan

4 comments:
tul gak wasiat nih...
huhuhu tetiba CT nak nangis plak baca ni...
terharu kerana ku tiada org tua lg sob sob
insaf+terharu
Post a Comment
kita tulis awak komen okey! gracias!