
daripada hari jumaat tu, sampai hari ni la saya mesti sakit kepala..
kadang pagi2 bangun tdo da start sakit.. kadang tu da tengahari baru start sakit... nak kata tak makan, saya makan ikut time...
huuhu mintak simpang la kalau ada penyakit lain...
da dapat info ni tadi surf:
Sakit Kepala
Pengenalan
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak
menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya.
Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Sebab Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat
Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau
menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang
positif.
Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya
atau tidak?
Tidak.
Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.
infosihat.gov.my

6 comments:
angin banyak kat badan kut ieda...
my hubby selalu tolong urutkan ibu jari kaki, sbb kat situ ada urat kepala...try la..for me, mmg berkesan..walaupun xla hilang sakit sepenuhnya
sama gak ler..suka sakit kepala.sebelah kepala lak tu
try picit belakang bahu belah kanan if sakit kepala belah kanan and vice versa..mak saudara saya picit belakang bahu saya and alhamdulilah lega sakit..point yang sakit bila dipicit itulah the right point
better g la check kat doktor.. :)
mama erfan, so sorry..say tak sempt nk pos lagi sticker tu..sya try this monday/tuesday k?
Salam ziarah, bila kali terakhir jalani pemeriksaan kesihatan? mencegah lebih baik dr mengubati, moga kekal sihat & sukses slalu
Post a Comment
kita tulis awak komen okey! gracias!