hola...
semalam saya wat entry pasal nak sambung study tu kan... saya memang serius nak sambung study.. thanks kat kengkawan yang bagi komen semalam...
and sumore cite pasal tambah baby plak...
akceli saya melahirkan erfan secara c-sec.. ini bukan permintaan saya, tapi mungkin takdir saya.. memang la sebolehnye sume preggy mommies kat luar sana tu nak lahirkan baby secara normal kan...
pernah jugak terdengar kata-kata yang berkata orang yang melahirkan baby secara c-sec ni pentingkan diri sendiri... ni nak habaq mai, saya terpaksa di potong perut kerana doktor da sangat2 suggest pembedahan, jantung erfan da lemah degupannya, air da kering, erfan hampir lemas kat dalam tu... lagipun saya bukan bersalin kat hospital private yang mana akan dicaj beribu-ribu kalau doktor nak wat c-sec.. saya tak rasa doktor sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan semata-mata.. ini serius, kalau saya tak dibedah, akan membahayakan erfan, akan membahayakan saya sendiri.. masa tu saya tak fikir ape dah, dah tak kisah susah nak jaga masa pantang ke ape ke, yang penting erfan dapat diselamatkan..
ok ok da habis cerita tu, masuk pasal tajuk entry...
rezeki....
pernah dengar pasal 'rezeki anak'?
masa pregnantkan erfan saya dapat tawaran keje kat sini, even kontrak, saya tak kisah.. even gaji kecik skit dari keje di bank dulu, saya tak kisah.. da dapat keje kerajaan pun saya bersyukur sangat2... saya tak sanggup lagi balik keje malam2, tambah plak bawak perut...
masa pregnantkan erfan jugak, me n my hubby pindah duk umah sendiri.. mula-mula buat keputusan tu agak berfikir-fikir jugak... cukup ke duit kitorang nanti, mampu ke nak duk sendiri, boleh ke nak survive... macam2! then hubby bagi kata semangat, selagi tak cuba duk sendiri kita takkan survive.. sampai bila nak duk ngan MIL kan.. rumah ni hubby beli masa bujang..
so far so good, sedikit demi sedikit kami dapat kumpul aset.. biarlah tak semewah mana, saya tetap bersyukur dengan rezeki kami.. memang saya dapat rasa sume ni rezeki erfan, yang mana saya perolehi sikit sikit lepas saya disahkan pregnant.. well tu pendapat saya la...
bila erfan da besar, wpon saya masih anggap dia kecik, masih nak layan dia macam baby, huh sangat taknak terima kenyataan erfan da besar hikhik... org keliling dok tanye bila nak tambah baby...
bagi saya, even org lain kata da boleh da kalau nak pregnant lagi... bagi saya, saya perlu jarakkan kehamilan paling tidak pon 3 tahun betul tak.. sebab saya takut dan masih leh terbayang2 lagi perut dipotong masa lahirkan erfan.. lepas tu takde feel 'berpantang' cara tradisional, cuma jaga makan jek..
lagi satu, saya fikirkan semula kewangan kami.. bukan la saya cakap selama ni hidup kami susah.. tak pernah lagi la berlaku duit susut di hujung bulan, takde lagi la berlaku makan megi di hujung bulan.. tak pernah ok tak pernah.. saya bersyukur dianugerahkan soulmate yang pandai menjaga budget rumahtangga.. saya bukan seorang pemboros, husband pun bukanlah org yang suke membeli yang bukan keperluan.. alhamdulillah..
tapi saya ni suke fikir jauh, macam masa mula-mula kami decide nak duk sendiri dulu... takut duit tak cukup, takut nnti anak2 tak cukup makan pakai, tak dapat nak belikan ape2 untuk dorang...
hmmm entah la...
lepas cite pasal niat nak sambung study, kan saya kata nak cuba dapatkan keje tetap dulu, then sambung study then baru kengkonon nak tambah baby.. ini respon yang saya dapat dari beberapa pihak :
' takpe, teruskan dengan next baby, mana tau rezeki anak, lepas tu dapat keje tetap'
' ish jangan risau la pasal nak banak lagi, rezeki anak tu lain-lain'
' takpe, mana-mana la, ikut la... tak sume rezeki tu Allah bagi pada satu masa... jangan risau sangat'
tah la, tapi bila fikir balik, saya rasa saya belum betul2 bersedia lagi untuk next baby... insyaallah mungkin masa tu akan tiba satu hari nanti - kalau ada rezeki saya -
nota kaki - semalam masa tgh masak kat dapo, erfan main ngan abah sambil baring2.. tiba2 saya ternampak erfan hisap ibu jari kaki..... abah dia marah, dia trus nangis...
love ; mama erfan

1 comment:
Sebelum aku pregnant Khaleef..
Aku keje kontrak PKS 3 tahun dah..
Elok je mengandung..
Boss aku call kata dapat kontrak tahunan..
Tu yg teruja je nak pregnant lagi..
Mana tau leh dapat tetap pulak
Post a Comment
kita tulis awak komen okey! gracias!