Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 29, 2009

:: tips diet lagikkkk ::

Diet yang telah anda jalani beberapa minggu ini belum dapat membuatkan jarum timbangan bergerak turun.
Kesal? Itu pasti..
Tapi, ada baiknya anda segera menyelidik terlebih dahulu masalah anda, agar tidak dihantui dengan kekesalan selama-lamanya. cuba ingat, mungkin ada perkara yang anda telah abaikan..
apakah saat ini anda sedang stress atau berasa besalah kerana gagal mendapatkan hasil yang baik daripada program diet anda?
Apakah anda menghadapi masalah keluarga, masalah dengan pasangan atau masalah pekerjaan yang pelik? jika jawapan anda 'Ya', mahu tidak mahu keadaan tersebut mempunyai penyebab yang paling besar terhadap gagalnya program diet yang sedang anda jalani sekarang.
Secara biologi, ada sejenis hormon yang berhubungan dengan stress, iaitu kortisol. dalam satu kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan bahawa jika seseorang sedang dalam keadaan stress, kadar kortisol dalam darahnya akan meningkat.
keadaan ini membuatkan anda ingin makan terus, dan menyebabkan pengumpulan lemak pada rongga perut.
Jadi,
agar program diet anda berjalan dengan lancar tanpa gangguan, berusahalah untuk berfikir secara positif. pasti anda kecewa bukan jika selepas penat-penat berdiet, hasilnya tidak membanggakan.
oleh itu,
belajarlah untuk menangani stresss...

1 comment:

KEMBALISEPI said...

OOO gitu.T/Kasih atas info ini. Tp stress keje ni susah ckit nak atasi.Anyway we'll try.

Post a Comment

kita tulis awak komen okey! gracias!

Followers

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!