Tip # 1 - yang berkuasa ialah otak anda, bukan perut atau hidung anda!
Sepatutnya kita sebagai manusia dewasa hanya terasa lapar apabila badan kita memerlukan tenaga. Malangnya di alaf baru ni manusia tak tunggu la gi untuk merasa lapar sebelum nak makan. Kalau lalu dekat Haagen Daaz terliur nak makan Macademia Nut Brittle. Eleh. Macam la aiskrim tu boleh memberi anda keyakinan diri yang lebih, boleh menjadi perangsang untuk anda terus sihat....tidak beb...you MUST resist! Jangan sesekali tergoda dan terpedaya dengan bau-bauan yang enak apabila anda tengah window shopping! Kita buat macam Tiga Abdul - kita ambik bau sahaja...itu yang dinamakan ekonomi! Kalau perut anda tiba-tiba terangsang sebab ada bauan nasi briyani yang enak walaupun anda baru sahaja makan lebih kurang sejam yang lalu, biarkan ianya menjadi bauan sahaja...buatlah adengan Tipah Tertipu dan minumlah air mati atau air mineral...walaupun kenyang air tapi nanti otak dan perut akan berkata "ya tak ye, perut dah tak leh masuk apa-apa lagi" Aaaaah, macam tu boleh lah anda tak makan junk food, dan jumlah kalori anda pun terkawal.
Tip # 2 - Anda tak perlu kelaparan untuk menurunkan berat badan.
Sapa la kata kalau nak kurus tu jangan makan langsung...itu sebenarnya silap paling besar anda boleh lakukan. Kalau anda tak cukup makan untuk memberikan badan anda tenaga, badan anda ni akan menyimpan segala lemak-lemak yang ada sebab dia pikiak anda akan kebuluran dan lemak harus disimpan supaya boleh ditukarkan kepada tenaga bila diperlukan. Malah, kalau anda mempunyai otot, apabila anda tidak makan, benda yang pertama yang akan hilang ialah otot anda. Hmm mulalah badan anda mirip mee goreng - lembik, tak bermaya, kedengking. Tak lawa beb. Anda boleh makan sebanyak 6 kali dalam satu hari tapi APA yang anda makan tu penting. Kurangkan benda yang banyak karbohidrat seperti nasi, contohnya. Macam saya dulu, Isnin-Jumaat saya tak sentuh nasi, saya makan tahu la, sayur la, buah-buahan memang berkilo-kilo saya makan, dan banyak minum air, kurang minum benda yang manis-manis. Berjaya jugak lah. Tapi memang tak dinafikan cepat lapar. Masa lapar tu lah makan buah, bukannya keropok ke, lepat pisang ke, nasi lemak ke...
Tip # 3 - Jangan tak makan sarapan pagi
Tahu tak, kalau anda rasa makan sarapan pagi tu adalah langkah pertama berdiet, anda dah melakukan kesalahan? Sepatutnya anda makan lebih banyak pada waktu siang daripada di waktu malam. Kalau boleh, makan malam jangan selepas pukul 7 malam. Sebabnya, kalau anda makan sarapan pagi masa makan tengahari nanti takdelah situasi di mana mata lagi besar dari perut (ye lah, masa dah kelaparan semua benda pun kita nak). Janganlah makan nasi lemak atau mee goreng plak sebagai sarapan. Makanlah buah-buahan ke atau conrflakes lemak rendah, Minum jus buah-buahan tapi pastikan yang mempunyai kandugan gula rendah.
Tip # 4 - Sentiasa bergerak
- jangan jadi pak pacak! Kalau pemakanan dikawal tapi anda asyik duduk aje dari pejebat sampailah kat rumah menonton tv, pun takde gunanya. Punggung makin lebar ada lah...Cuba menggunakan tangga dan bukannya lif apabi la sampai ke pejabat, cuba meletakkan kereta jauh sikit dari kawasan masuk opis supaya anda terpaksa berjalan jauh sedikit, cuba naik turun tangga di rumah beberapa kali apabila anda dah pulang ke rumah. Setiap pergerakan anda tu akan membakar kalori dalam badan.
Tip # 5 - Sentiasa berkompromi
Kalau anda tahu hujung minggu ni anda kena menghadiri majlis perkahwinan, pastinya anda tak boleh makan sebelum 8 malam, dan pastinya makanan tersebut berlemak, berminyak dan sebagainya - nasi minyak, pajeri, air sirap...woohoo lemak-lemak dalam badan memang suka giler sebab banyak member baru yang masuk badan kan? Oleh itu, kalau anda dah tahu Sabtu kena makan benda sebegitu, pastikan pagi Ahad tu anda membuat senaman cergas - sama ada berjogging, main tenis, badminton dan sebagainya. Dan pastikan pula pemakanan anda pada hari Ahad tu lebih terkawal...makan pulak salad dengan ayam yang tidak digoreng, buah-buahan segar dan minuman yang tak bergula. Hidup ni k an sentiasa kena berkompromi, begitu juga dengan diet - takkanlah anda tak nak makan nasi minyak plak kan...so give and take....Sama jugak dengan senaman, kalau rutin anda ke gym ialah Isnin, Rabu dan Jumaat, dan anda terlalu sibuk, untuk minggu-minggu tertentu pastikan Selasa, Khamis dan Sabtu menjadi hari anda bersenam.
Tip # 6 - tekadkan disiplin diri anda
Bulan puasa selalunya ada yang dapat menurunkan berat badan...tapi masa raya...boom! Naik balik 3 kilo yang anda dapat kurangkan masa berpuasa...tahu tak kenapa? Ramai yang tak bersenaman waktu bulan puasa...sapa kata tak leh buat? Sebelum bersahur tu pastikan anda bersenam walaupun di rumah, lepas bersahur tu plak jangan todur, sebab nanti lemak akan berkumpul di dalam badan. Ataupun, bersenam selepas terawih, apa salahnya? At least benda-benda yang ebrlemak yang anda makan semasa berbuka dapat dibakar sebelum tidur...Dan, jika anda tahu pada Hari Raya memang kena makan di rumah-rumah saudara dan rakan, pastkan anda kawal jumlah yang akan anda makan. Kat rumah si Abu makanlah lemangnya, tapi jangan ambil lebih dari 2 atau 3 keping, sebab kat rumah si Joyah plak nanti anda nak makan nasi impit, lepas tu kat rumah Aminah nanti kena makan nasi briyani...so control sikit ye...biarkan orang lain kata anda mengada-ngada nak diet waktu raya. Nanti kalau anda gemuk depa jugak orang yang sama yang cakap "ooooi sihatnya badan kau Timah!!!!" Bukannya depa nak tolong kita kuruskan badan nanti, betul tak?
Tip # 7 - Kalau terbabas, jangan diet dengan mendadak
Kalaulah anda terbabas dan berat badan anda naik dan bukannya menurun, JANGAN lakukan apa-apa yang drastik untuk menurunkannya. Jangan sekali-kali menggunakan pelawas untuk ke tandas dengan harapan anda boleh membuang segala lemak. Yang anda lakukan ialah menghilangkan berat badan air sahaja, dan jangan lupa bahawa badan manusia memerlukan air untuk berfungsi. Cara yang terbaik ialah untuk memulakan d iet anda dari langkah pertama, dan menambahkan rutin senaman anda.
................................

3 comments:
byknye tips... tp malas nk bace.. hehehhe
wah bagu spetua ni...hye salam perkenalan nak jdi kawan leh??
jiji: huhu tak pe la pelan2 apply...salam kenal jugak, tq sudi singgah..
mama aqish: salam kenal...buleh ajer..tq sudi singgah
Post a Comment
kita tulis awak komen okey! gracias!